advert

Saturday, April 26, 2008

PARTI POLITIK DI INDIA


India mempunyai parti politik yang banyak dan terdiri dari pelbagai ideologi. Parti utama, iaitu mempunyai majoriti pengikut yang besar serta pernah membentuk kerajaan di negara india dikenali sebagai parti kebangsaan. Perubahan parti di India seringkali berlaku dan juga membawa implikasi yang besar dalam sistem pemerintahan negara India. Hal ini disebabkan berlaku juga perubahan dalam ideologi pemerintahan tersebut. Sejak mencapai kemerdekaan pada 1947, hinggalah era moden, India didapai seringkali berubah parti pemerintahannya. Keadaan ini membayangkan situasi tahap demokrasi yang berlaku di negara tersebut. Sejarah politik India selepas merdeka banyak dipengaruhi oleh parti-parti tersebut.