Faktor isu dilihat amat penting dalam proses meraih sokongan penduduk di
Manakala terdapat juga parti yang cenderung kepada fahaman komunis seperti Parti komunis India tau CPI adalah contoh pergerakan komunis yang dipolitikkan. Kumpulan komunis ini terdiri dari dua kumpulan berbeza iaitu CPI dan juga CPI (Marxis). Kedua-duanya dibezakan melalui pegangan individu iaitu CPI lebih liberal Manakala CPI (Marxis) adalah dari pecahan CPI menyerap sepenuhnya idelogi Marxis. Perpecahan ini berlaku pada era Perang Dunia Kedua Apabila krisis dalaman membabitkan isu sokongan kepada parti komunis di China dan Komunis Di Soviet Union. Sesuai dengan ideologi parti komunis yang memperjuangkan hak golongan bawahan, parti komunis dilihat lebih berjaya di kawasan miskin seperti di Kerala dan juga kawasan Telangana, serta Tripura,
Manakala terdapat juga golongan pemikiran konservatif yang ingin mempertahankan sistem pemerintahan berdasarkan sistem lama iaitu sistem kasta. Golongan inin beranggapan golongan atasan adalah sudah ditakdirkan menjadi penaung. Keadaan ini membawa kepada penubuha Parti Bahujan Samaj oleh pemimpin berpengaruh Kanshi Ram dalam 1984. Parti ini juga dikatakan diilhamkan melalui falsafah Ambedkar kerana ia telah dibentuk dengan memberi keutamaan untuk mewakili Dalits, yang disesuaikan dengan dasar sistem kasta India Antara ciri utama parti ini adalah ianya cenderung kepada sistem kasta, iaitu memilih individu berdsarkan keturunan.. Simbol parti adalah merupakan seekor gajah yang melambangkan kekuatan golongan atasan. Parti ini mempunyai mendapat sokongan kuat di kawasan Uttar Pradesh negeri India. Parti ini pernah membentuk kerajaan dan dipimpin oleh Mayawati sebagai perdana menteri.
Kekalahan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan PM Atal Behari Vajpayee kepada Parti Kongres pimpinan Sonia Gandhi telah membuktikan rakyat India amat peka dengan isu politik semasa India. Parti Kongres telah melantik Manmohan Singh sebagai Perdana Menteri bagi memimpin India dibawah tajaan Parti kongres. Kekalahan BJP ini dilihat sebagai disebabkan kerana hanya mementingkan golongan kelas menengah dalam perkembangan ekonomi. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati bagi golongan petani dan buruh yang merasakan mereka terpinggir dibawah pemerintahan BJP. Hal ini berbeza dengan Parti Kongres yang cuba memainkan isu untuk membela nasib golongan ini yang banyak tertindas telah berjaya meraih sokongan penduduk india kepada mereka. di sebabkan dasar kerajaan BJP yang gagal membela nasib golongan
petani dan buruh. Parti NCP atau National Congres Party ini merupakan kesinambungan dari INC iaitu India National Congress. Parti ini dipimpin oleh wanita keturunan India-itali iaitu Sonia Ghandi. Parti inidiasaskan berdasarkan prinsip demokrasi, Gandhianisme, hak dan keadilan sosial, serta isu-isu federalisme.